Ahad, 5 Jun 2011

Koleksi Kek Lapis Mamma

Lapis Batik Sutera (Perisa Pandan)

Lapis Batik Sutera ( Perisa Stawberi + Blueberry)
Lapis Batik Sutera ( Perisa Pandan + Coklat )

Lapis Batik Sutera ( Perisa Coklat + Pandan + Strawberi)

Kek-kek lapis yang Di buat Kelmarin...
Lapis Durian
Lapis Pandan Cheese

Hari ni pula buat kek...
Lapis Peppermint (Pudina)
Lapis Strawberry
Lapis Blueberry
Lapis Rintisan Hujan Panas
(gambar tak sempat nak ambil)




Jumaat, 3 Jun 2011



Lama juga dah tak update blog. 2/3 hari ni bz buat kek lapis untuk tempahan. Ini lah antara kek lapis yang kami buat. Penat weiii..tp berbaloii..Kalau berminat, nak order, sila hubungi kami ok.
atau isi borang tempahan

Lapis Alunan Gelombang


Lapis Batik Sutera ( Coklat)






Khamis, 24 Mac 2011

Tips Penjagaan Kek Lapis

Membungkus dengan aluminium foil

Ramai antara kita yang tidak begitu pasti bagaimana hendak mengekalkan kesegaran dan supaya kek lapis yang kita beli itu tahan lebih lama. Berikut akan kami kongsikan serba sedikit bagaimana menyimpan kek supaya tahan lebih lama.

1. Menyimpan kek dalam bungkusan aluminium foil dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Hanya potong sebahagian kecil kek untuk tujuan hidangan.
3. Kek akan lebih tahan lama jika disimpan dalam 'freezer'. Dari pengalaman lepas biasanya dalam 2/3 bulan atau lebih. Untuk makan sendiri sahaja. Kalau untuk jual kenalah yang freshly baked.
3. Jangan dedahkan kek kepada pancaran matahari secara terus. Wap akan terbentuk di dalam bungkusan dan kek akan ditumbuhi fungi atau kata lain cepat rosak.
4. Tidak digalakkan menghidang kek lapis secara bercampur. Seelok-eloknya biarkan satu kek dalam satu bekas sahaja.

Insya-Allah dengan mengikuti tips-tips di atas, kek anda akan tahan lebih lama..tapi kalau kek tu sedap sangat, kami yakin kek akan cepat habis dimakan...belum sempat simpan dalam freezer pun..

Sabtu, 5 Februari 2011

Kek Lapis Sarawak Order

Kek lapis kami terbahagi kepada 3 segmen utama:
1. Kek Lapis Biasa
> Lapis Evergreen
> Masam Manis
> Cheese
> Cheese Coklat dll

2. Kek Lapis Bercorak
> Lapis Bakun
> Lapis Fantasia
> Lapis Kad Ucapan
> Lapis Pucuk Rebung dll

3. Kek Lapis Roll
> Roll Cheese Coklat Strawberi
> Roll Cheese
> Roll Masam Manis dll

Saiz kek terdiri daripada:

1. 9 x 3 inch ----> RM 28 (1/3 kek)
2. 9 x 4.5 inch ---> RM 48 (setengah kek)
3. 9 x 9 inch -----> RM 90 (full kek)

* Harga di atas adalah untuk kek lapis biasa sahaja.
Kek lapis bercorak (harga full kek sahaja).
* Sila hubungi kami untuk belian pada harga borong ( untuk niaga )
* Dapatkan katalog kek lapis 2011 untuk mereka yang ingin menjadi ejen jualan. Katalog kek lapis akan dikeluarkan pada 28 Februari 2011.

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Pihak mamma mengucapkan selamat tahun baru 2011 sekiranya masih belum terlewat. Mohon maaf sekiranya sudah lama pihak kami tidak mengemaskini laman blog ini. Hal ini adalah disebabkan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sejak ayahanda tercinta pemilik blog mamma meninggal dunia tahun lepas, pihak kami menangguhkan sementara semua tempahan kek lapis sehingga penghujung 2010. Mohon maaf yea.

Dengan lembaran baru tahun 2011, kami akan memulakan kembali operasi tempahan kek lapis secara online. Kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan sila ikuti prosedur tempahan yang kami nyatakan pada ruang sebelah kiri.