Khamis, 3 Februari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Pihak mamma mengucapkan selamat tahun baru 2011 sekiranya masih belum terlewat. Mohon maaf sekiranya sudah lama pihak kami tidak mengemaskini laman blog ini. Hal ini adalah disebabkan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sejak ayahanda tercinta pemilik blog mamma meninggal dunia tahun lepas, pihak kami menangguhkan sementara semua tempahan kek lapis sehingga penghujung 2010. Mohon maaf yea.

Dengan lembaran baru tahun 2011, kami akan memulakan kembali operasi tempahan kek lapis secara online. Kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan sila ikuti prosedur tempahan yang kami nyatakan pada ruang sebelah kiri.

Tiada ulasan: